“Sayang bangun, jom kita solat sama-sama”.
“Baiklah awak, nanti kita solat sama-sama tapi saya nak mandi dulu dan barulah kita boleh solat sama-sama”.
“Okay, no problem , abang sentiasa menunggu ayang selalu’’.
“Yela tuh banyak sangat lah awak sayang”.
“Ayang nih tak percaya kat abang ke, nak abang buktikan cinta abang kat ayang, belah lah jantung abang dan lihatlah betapa tingginya cinta abang pada ayang”.
“Awak nih kalau berkata-kata memang pandai sangat, kalah pujangga cinta”.
“Ayang belum tahu lagi ke suami ayang nih memang pandai sangat, ayang cepatlah pergi mandi nanti terlambat kita nak solat”.
Aise2eru suami aku nih tak boleh bawa bersabar, nak main cepat saja, nasib baiklah suami tak boleh nak ditinggalkan seorang-orang kat bilik, hish sayang gak aku kat suami aku nih, apakah ini tandanya aku dah mula suka kat die.
Alhamdulillah akhirnya selesai juga aku dan suami selamat menunaikan sembahyang, mungkin ini rahmatnya jika dah berumahtangga akan selalu dapat mengerjakan solat berjemaah. Ya Allah tetapkan hatiku yang satu ini khas untuk suamiku walaupun rasa cinta dan sayang belum hadir.
Hari ini aku dan suami akan pergi ke shah alam, maklumlah nak pergi honeymoon, mesti dia suka sangat sebab aku dapat cuti, sempat lagi aku nak pergi jalan-jalan sebelum berangkat petang nanti.
Mana pula suami kesayangan ibu dan ayah ku, dari tadi aku tak nampakpun batang hidungnya, aise2eru suami aku nih tiba-tiba menghilang, yang aku nih sibuk nak cari dia, apa hal.
Nak minta izin ke tidak nih nak keluar kejap, dari tadi aku cari tak nampakpun, baik aku jalan dululah biarlah dia, dia punya kaki dia nak pergi mana, tak kan aku nak ikat kakinya.
Ku semangat, hampir lagi aku nak pengsan dibuat suami aku nih, macam mana aku tak perasan dia ada kat depan aku, dah hilang akal aku dibuatnya.
“Hai awak ! , kenapa kat depan saya ?, macam mana kalau saya terjatuh tadi ?, kalau iapun nak kenakan saya janganlah buat saya terperanjat, awak nih kan memang sengaja nak naikkan darah saya”.
“Sayang yang tak nampak abang, abang pula yang disalahkan, sayang nak pergi mana nih, dari tadi abang perhatikan macam tercari-cari sesuatu, apa yang sayang cari, boleh abang tahu?”.
“Mana ada saya cari sesuatu, saya nak cari awak nih sebab saya nak keluar kejap, ini yang nak minta izin dari awak, boleh tak saya keluar ”.
“Sayang nak pergi mana? Boleh tak abang ikut sayang, boringlah abang kat rumah kalau ayang keluar, bolehlah sayang”.
“Aise2eru suami aku nih kalau merayu memang pandai, tak boleh nak cakap tidak kat dia, cair sangat hati aku nih dibuatnya, baiklah awak ikutlah, nanti saya cakap tak boleh, awak pergi merajuk kat ibu dan ayah saya”.
“Kita nak pergi mana nih sayang, dari tadi tak sampai lagi, dah penat abang berjalan”.
“Ais2teru awak nih tadi bukan bersemangat nak ikut, sekarang dah mengeluh pula, awak nih memang lembik sangat”.
“Sampai hati sayang cakap abang nih lembik, macam lah abang nih tak bernilai kat sayang, sedih hati abang nih”.
“Aduhai suami aku nih, manjanya bukan main, mengalahkan aku, sepatutnya yang kena manja tuh aku bukan dia, ini tidak dah terbalik pula, okaylah saya minta maaf kat awak, lain kali saya takkan cakap begitu kat awak. Janganlah sedih nanti saya belanja awak makan nasi ayam”.
“Thanks honey, my lovely wife”.
Aise2eru suami aku nih memang manja sangat. Macam mana aku nak elak dari menyukainya jika perangainya buat aku tak menentu.

No comments:
Post a Comment